Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Thursday, December 29, 2011

Kisah disebalik Merlin

Kepada peminat cerita Merlin *tengok gak..... kadang2* , sila ambil perhatian ye...


*********************************************************************************
Salam....sapa x suka tengok cerita merlin..saya rasa semua suka tgok kot...hehe
kisah baru saya tahu bila saya baca buku membongkar misteri dajjal karya ape ntah...(lupa ingatan plak)..karya muhammad nurani maarif keluaran hijjaz publishing tapi xpe la...sape2 yang nak tahu lebih blih serve kat internet..actually apa2 pon yang kita tengok kat media massa perlu kaji ..jangan terima je bulat2...sebagai contoh kisahBuku yang dikarang oleh Muhammad Nurani. Satu perkongsian dan analisis yang sangat mengujakan, membuka minda para pembaca mengenai perancangan Dajjal Laknatullah. Buku ini membongkar rahsia tamadun2 lama seperti Mesir Purba, Mayan, China dan lain2 tamadun. Berbagai artifak lama turut ditemui yang mempunyai persamaan yang sama di setiap tamadun.
 

Buku ini diambil dari beberapa sumber penting seperti Nas-Nas Al-Quran dan Hadis, juga buku yang sangat popular dari Muhammad Isa Dawud, yang bertajuk "Dajjal muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda." Saya telah membaca buku yang dikarang Muhammad Isa Dawud dan saya temui satu bukti penting mengenai Dajjal dan U.F.O.

Dajjal telah menggunakan beberapa teknologinya yang canggih untuk mereka piring terbang. Dajjal menurut Muhammad Isa Dawud, mempunyai satu tamadun yang luarbiasa di dasar laut di kawasan segitiga bermuda. Teknologi dia sangat "sophisticated" dan mengatasi teknologi manusia sekarang. Teknologinya berasaskan cahaya. Sahabat boleh baca buku Muhammad Isa Dawud. Cuma disini Muhammad Nurani mengambil dan menganalisis isi2 yang terdapat dalam buku Muhammad Isa Dawud.

Satu hadis yang sangat panjang dari Tamim Ad-Dari
 
"Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. "

Hadis yang cukup panjang dan lengkap menerangkan perihal Dajjal. Syeikh Imran Hossein pernah menyebut dalam kuliah nya juga dalam kajiannya, bahwa perjalanan sebulan Tamim Ad-Darri dari mekah memang akan sampai di satu tempat iaitu BRITAIN dan Britain juga merupakan satu pulau pada satu ketika dahulu dan kerajaan yang terkuat pada masa dahulu ialah kerajaan Britain dan seterusnya berpindah ke USA. Bukti2 ini saya nukilkan dari beberapa siri kuliah bersama Ustaz Syaari Abdul Rahman.

Didalam buku ini juga turut menyebutkan kebaikan 10 ayat terakhir Surah Kahfi. Kajian Muhammad Nurani juga cenderung mengatakan ada beberapa persamaan antara kisah Ashabul Kahfi dan lagu "The Black Parade" dari My chemical romance. sepertinya sejarah akan berulang lagi. Betul kata Almarhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi didalam tafsirnya Tafsir Syarawi, beliau menyebut kisah yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran pasti akan berulang pada akhir zaman.

Begitu juga beberapa penemuan yang melibatkan hero filem Hollywood seperti Harry Potter, Clark Kent, Bruce dari Batman, Lord of The ring, terdapat beberapa persamaan yang sangat ketara.
 
Superman
 
Merlin

Lord of The Ring
 
Harry Potter
 
Bruce Wayne(KelawarMan Batman)

Juga penemuan artifak seperti Terracota, Piramid Mesir, Piramid Mayan, Tembok Besar China dan Stonehenge mempunyai satu "kod rahsia" yang berhubung antara satu sama lain.
 
Piramid Mayan


Piramid Mesir
 
Didalam buku ini juga dimuatkan kisah Merlin. Dajjal menurut pandangan Muhammad Nurani ialah Merlin yang mempunyai kuasa sihir yang sangat menakjubkan. Merlin a.k.a Dajjal pernah keluar dari tempat persembunyiannya dan mengembara hingga terjumpa satu tamadun di bawah pemerintahan King Athur yang merupakan kerajaan awal di Eropah.

Banyak lagi info yang boleh sahabat semua dapat dengan membaca buku ini. Ingatlah, cara kita "melihat" bentuk asal Dajjal membawa kepada bagaimana kita memikirkan cara menentangnya. Ilmu itu penting untuk kita mengetahui siapa musuh kita. Seperti kata Syeikh Muhammad Ali As-Sollabi dalam Fiqh Kemenangan dan Kejayaan Orang Mukmin
"Jadilah kamu orang yang pakar dalam penjuru(bidang) kamu, jika musuh menyerang dari penjuru(bidang) kamu, kamu dapat menghalangnya"
Wallahualam.. merlin ni....
 
sama la jugak dengan lagu yang dengar kat telinga tuh....padahal lagu tu memuja syaitan..kita xpaham apa2 pon...tapi sebab lagu dan rentaknya bez kita pon layan je....huhu..macam lady gaga,rihanna..fuhh..lagu mereka suma memang tiptop lah..tapi................
well...sebenarnya inilah taktik atau musuh2 islam menggelapkan hati dan merosakkan akidah kita..
Renung-renungkan dan selamat beramal...
 
*********************************************************************************
 
Well, merlin is more than just a story. Mereka sentiasa akan cuba bermacam2 cara untuk menyesatkan kita.
Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yg benar
 
"Mereka" is referring to all the "musuh2 Islam"

Tuesday, December 27, 2011

Konkritkan dalam Hati ye...

Mendalam makna lagu ni...



Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka

Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti

Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wednesday, December 21, 2011

Ouh, dah Rabu

Bila bahasa disalahguna...






kitew x fhm lar apew yg diowg tulis tuh

eww, nak tulis pun dah tegak bulu roma

 
notakaki: need to remind myself to avoid using this kind of language

Wednesday, December 7, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Rolling in the deep


i'm rolling in the deeeeep...

too deep

meow... help...

Rabu tak tau nak buat ape


Jangan selalu marah nanti cepat tua...

Friday, November 11, 2011

Kenapa dengan 11.11.11???

Tarikh hari ni cantik sangat.

11.11.11

Ramai yang memilih nak bertunang, kahwin, malah ada pilih nak bersalin pada tarikh ni. agaknye kalau due lambat lagi pun de yg sanggup awalkan semata2 nak bersalin tarikh ni *ok, not funny*

Ceh, tarikh ni cuma mukadimah je.
Sebenarnya CZ nak minta maaf sebab sangat2 jarang update belog ni.
Macam2 yang terjadi sejak kebelakangan ni dan line pun da macam chipsmore, kejap ade kejap takde.
Kalau dah lama sangat tak hapdet tu, satu je lah kesimpulannya. CZ lupe nak bayar bil internet *hehe.. :D*

Haritu waktu layan twitter, CZ ada terlihat satu status daripada @ZachBrass.
Anda kenal siapa dia?? *rase cam skema lak tetibe pakai anda* Tukar ayat sikit.
Korang taw dia sape?? Die adalah salah seorang pelakon dalam drama komedi Scrubs.
Tak taw Scrubs tu ape?? Jap ek nak tanye pakcik Google

SCRUBS tu ape??



Scrubs is an American medical comedy-drama television series that follows the lives of several employees of the fictional Sacred Heart, a teaching hospital. It features fast-paced screenplay, slapstick, and surreal vignettes presented mostly as the daydreams of the central character. The show's title is a play on surgical scrubs and a term for medical interns, one of the lowest ranks in the medical hierarchy



Zach Brass jugak merupakan suara kepada Chicken Little yang famous dengan ayat,
"Who are we talking about??"



Eh,dah jauh terlajak lak cerita. Anyway,ni status yang die tulis.



Biasenye bila kita tengok status seorang artis macam tu, mesti kita terfikir yg die kenakan peminat dia kan?? Nak tengok gambar yang die post??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jap ek...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tengah loading...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SIAP!!!


Lepas tengok gambar memang CZ terus tergelak sampai tergolek *x senonoh punye anak dara*
pastu ada lagi sambungan status tu


dan CZ sambung gelak lagi... hehe...



Oh ye,walaupun dah sangat2 terlambat, CZ ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

kepada seluruh umat Islam


Wednesday, November 2, 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

Line tengah laju
Tangan tengah rajin menaip
Ilham je yang maseh menidurkan diri





Anyway, meh la join sekali!!

Akan datang


*eh?? baru prasan header senget. camno nak betulkan tu???

Rabu hilang Kata kata


Wekk... :P

asal asyik update ari rabu je???


Lappy kate: tuan punye belog kene sindrom kekeringan idea. LAGI SEKALI!!!

Wednesday, October 26, 2011

Rabu hilang Suara


thank you for always being there for me


Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Konvokesyen

Sekarang ni musim konvokesyen
Entah kenapa bila CZ tengok bunga konvo dijual di sana sini, CZ rase sayu sangat

Lagi lagi bila orang dah start upload gambar pre-konvo, actual konvo dan post-konvo ke MukaBuku dan belog masing masing, lagi lah semua tu boleh buatkan CZ menangis.


Kenapa CZ menangis bila datang musim konvo??


Sebab CZ tidak berpeluang untuk merasa menjejakkan kaki ke pentas untuk menerima segulung kertas yang telah diimpikan setelah sekian lama menuntut ilmu.



CZ tidak berpeluang untuk memakai jubah konvokesyen yang telah CZ impikan untuk dipakai sejak melihat kegembiraan senior di hari graduasi mereka.


Tiada ucapan tahniah daripada mereka mereka yang banyak membantu CZ sepanjang menghadapi kesulitan ketika belajar.


Tiada senyuman pada diri CZ kerana terpaksa korbankan satu kegembiraan demi masa depan namun hasilnya hampa... 


NotaKaki: Lappy telah basah dengan air mata

Monday, October 10, 2011

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

Rajen lak CZ nak join segmen2 camni. Selalunye liat je kalau de segmen
*mengaku jela sebenarnye xde idea nk hapdet belog*

Anyway, segmen ni dalam belog Cik May. Ini adalah segmen yang pertama kali telah dibuat oleh Cik May. Kalau rajen sile la join sekali.


Ape yang korang perlu buat adalah letakkan banner di atas dalam entri korang
dan
buatkan la entri
dan
copykan link tu kat entry Cik May

Tu je...
Senangkan???

Sama sama lah kita merapatkan ukhwah di kalangan blogger 

Sunday, October 9, 2011

Jom Terjah Blog Newbie

Tengah jalan jalan kat dunia belog, sekali terserempak dengan satu segmen belog ni. Rase macam satu segmen yang agak menarik, so ape lagi. Join sekaki...

 

Syarat2 yang dikenakan untuk join segmen ini adalah:

· Post 1 entry bertajuk "Jom Terjah Blog Newbie" DONE
· Letakkan banner segmen . DONE *comel la plak burung2 ni. rase cam nak bela je*
· Dalam entry nyatakan entry terbaik korang pernah hasilkan
Rasenye CZ akan mempertaruhkan entri

Final Exam Tiba Lagi

dan

Pemikir Muda

sebagai entri terbaik CZ walaupun komen pun tak berape banyak *sbb CZ bukannye blogger femes pong...*

· Kemudian post url/link entry dalam ruangan komen entry ni DONE
Hmm... ade ape ape lagi ke yang tertinggal??? *check list balik..*
Rasenye tu je la kot
Good luck kepada mereka2 yang join contest ni

PENTING ...tolong sebarkan


PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran.Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

sumber: MukaBuku


Masyaallah... Banyak sungguh agenda mereka untuk menyesatkan kita. Semoga kita terhindar dari perkara begini

Friday, October 7, 2011

White as Snow





Do you know why snow is white? Because it forgot what colour it was.
~C.C.~

Wednesday, October 5, 2011

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG???

Sayangnya Allah Pada Perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak ken...a tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi
 
Sumber: MukaBuku