Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Tuesday, November 23, 2010

23 November 2010

Tarikh yang menjadi kemuncak segala-galanya kerana selepas tiga tahun berhempas pulas mentelaah tatkala menjelang minggu peperiksaan, bermati - matian menyelesaikan segala assignment, noss, bersusah payah menyelit segala 'toyol', berpenat lelah menjeling ke kiri ke kanan ketika exam, menangis melihat turun naik ataupun turun tak naik - naik pointer setiap sem, tidur di saat pensyarah sibuk menurunkan ilmu di dalam kelas, diugut akan dicampak keluar tingkap dan setelah tiga tahun yang penuh dengan kenangan itu akhirnya akan tamat di hari graduasi.


Dan itulah akhirnya.

23hb November 2010, aku bakal diiktiraf secara rasmi sebagai seorang pelajar diploma dan akan bergelar seorang graduan yang sepatutnya akan menggenggam dua gulung Diploma, yang mana entah akan digantung di pelosok dinding di rumah. Aku menghabiskan Ringgit Malaysia 17,940 untuk sekeping kertas bersaiz A4.

Dan itulah dunia.

Namun nilai Ringgit Malaysia 17,940 itu bagaikan tiada makna bagiku. Seribu sembilan puluh lima hari yang telah dihabiskan itu bagaikan suatu istana pasir yang telah dilanda ombak di kala lautan berada dalam keadaan tenang setenangnya. Di tarikh ini aku keseorangan, jauh dari keluarga, jauh dari sahabat di sana.

Dan itulah hidup.

Buat semua sahabat dari Jepun-Malaysia Teknikal Institut Batch Julai 2007, tahniah aku ucapkan dan bagi sahabat dari Teknologi Kejuruteraan Elektronik, terima kasih atas segala kenangan yang telah dicipta sepanjang perkenalan kita. Bergembiralah kamu di sana. Aku tak tahu bila lagi akan kita berjumpa, namun persahabatan dan segala kenangan kita selama ini takkan aku lupakan.

No comments: