Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Thursday, March 21, 2013

I'm Alive

it's been a while since i last wrote on this

i'm just glad that i'm alive...

pembaca sekalian, jika lah jaga diri anda

Thursday, August 16, 2012

Soalan dan Jawapan dari Al-Quran

 
 
 
Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)


Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah ayat 286)


Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Ali Imran ayat 139)


Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah ayat 45)


Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"
(Surah at-Taubah ayat 129)


Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah ayat 111)


Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)


Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)


Akhir kata,

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah "
(Surah Al-Hadid ayat 22) 

"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz)" 
(Surah Yunus ayat 61)

Sumber: Fesbuk, ようこそ、我がブログへ

Kenapa tak boleh buat macam ni kat stesen minyak


Eh, hidup lagi belog ni.

Bukan main panjang lagi tajuk BESAR di atas. Hi korang. Eh? Ehem, ehem...

Assalamualaikum korang. Ape khabar?? Sihat??
Puasa tak?? Kalau berpuasa, alhamdulillah. Yg tak berpuasa tu jangan lupa ganti ye.
*panjang sungguh mukadimahnye*
Ok, jom kita ke main point.


Maaf, gambo senget. Diambil dri dlm kereta

Korang pernah tak tertanya2 kenapa wujudnya tanda ni bila korang ke stesen minyak?
Yang tanda dilarang merokok memangla terang2 tak boleh dibuat. Kang tak pasal2 jadi bom atom lak stesen tu. Tapi kenapa kita disuruh untuk mematikan handphone dan enjin kereta.
Kenapakah??

First of all *ceh, speaking lak die*, enjin kereta atau motorsikal perlu dimatikan kerana...

...enjin kereta mempunyai kebarangkalian yg tinggi untuk menghasilkan haba.
Dan haba itu terhasil apabila enjin dihidupkan di mana ia sentiasa bergerak untuk menghasilkan pergerakan yg membenarkan kereta bergerak *eh, ape yg aku tulis ni??* 

Camni la. Korang bayangkan iklan minyak yg tunjuk minyak die melekap dekat enjin. *ala, kan ade iklan yg tunjuk ade cicak melekap kat satu menatang yg ade kat enjin tu* Kan ade die tunjuk yg piston *aku baru tau name die* sentiasa bergerak untuk menghasilkan perjalanan yg lancar. ceh. Pergerakan semua tu akan menghasilkan haba. Dan korang tahu ape yg akan jadi bila haba bertemu dengan minyak??


KEBABOOM!!!! 


memang tak kan la meletup camni

Tapi lebih kurang camtu lah jadinye. Tu cerita pasal kereta.
Ape lak kena mengena handphone dengan minyak??
*nak citer la ni*

Korang sedar tak handphone boleh menghasilkan cas elektrostatik? Cas tu boleh dikatakan macam cas elektrik la. Camne cas tu terjadi?? Tiap kali ade panggilan tak kira masuk atau keluar, cas akan terhasil. Same goes with messaging.

Pernah tengok sendiri tak macam mana rhope cas tu?? Nak tengok sendiri tak??
Senang je. Korang boleh je bereksperimen sendiri.
Korang hanya perlukan lighter.

bukan yg ni ye. ni highlighter namenye

Ha, yg ni baru betul

yg ni pun lighter gak namenye

Kepada kanak2 sila minta bantuan yg lebih dewasa ye.

Korang tau kan kegunaan lighter ni. Ala, yg orang selalu dok guna untuk merokok, main mercun, meriam buluh, hidupkan api dapur gas tu.

Bila korang tekan pencucuh yg ada kat lighter tu, ia akan menghasilkan 'spark' iaitu suatu cas yg kecil yg dimana apabila bertemu dengan bahan bakar seperti gas atau minyak, ia boleh menghasilkan api.



contohnye camni.

 Nampak tak cahaya2 kecik yg bersinar mengelilingi api tu?? Tu la spark namenye

Yg macam kaler purple tu pun spark gak


Yg berkelip2 terbang keluar dari munge bunge api ni pon spark
Oh, dah jaoh aku melencong. Anyway, ni salah satu eksperimen yg menunjukkan kesan penggunaan handphone di stesen minyak. Cekiautt (baca: Check it out)



Maka itulah hasilnya. Jadi, lain kali waktu nak isi minyak, ingat ni



Better be safe than sorry

Oh ye, sebelum terlupe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua pembaca belog ni
*ucapan awal in case kalo tuan penyu punye belog ni wat hal lagi jarang hapdet*

Dan, berhati-hati jika anda atau orang sekeliling anda sedang main mercun. Adalah sangat tidak best jika anda terpaksa beraya di hospital. Terlepas lemang, rendang, ketupat, duit raya. Manyak lugi wo. Eh??







Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Tiba Lagi..

Assalamualaikum semua...

Lamo bonar den tak hapdet belog. Sekarang ni makin bizi la.
Tambah2 lagi den buleh lupo password belog den. Memang sah dah tuo den ni ah.

Apo khabar sumo pembaco? Sihat? Den ni sihat bona.
Makin lamo makin bosa badan ni ah. Tak tau bilo den buleh kombali kek saiz asal.

Bulan ramadhan dah nak dokek ni. Mungkin den buleh amek poluang ni tok kocikkn sikit badan ni. Pembaco sumo dah ready ko nak poso (baca:puasa)?? Poso lopas dah ganti sumo? Alhamdulillah...

Pembaco sumo ado ko cito (baca:cerita) monarik yg terjadi sepanjang Ramadhan yg lopas??
 Cer cito, cer cito??

Kisah den jadi waktu anak sedaro den mintak tolong den bolikan dio Slurpee kek 7-11. Waktu tu air kaler hijau & biru jo yg ado. Dio nak campur duo2. Nak buek eksperimen la katakan. Den pun kacau air tu sampai jadi kaler yg den sendiri tak tau camno nak tafsirkan. Anak sedaro den lak tengok air tu dah btukar kaler, terus suruh den raso air tu. Takut masam agaknyo. Tercabar iman den dio suruh raso. Den bagitau kek dio yg den tongah poso, terus dio berguling2 atas lantai. Hai, sabo jo la ngan budak ni.


Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya


Friday, April 27, 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

Uncle Abe Ben buat segmen lagi

BEN ASHAARI

Klik la header ayah Qhaliff ni kalau nak join ye. Nak klik kat SINI pong boleh.
Tapi kena cepat2 sebelum 9 malam
*but i guess y'alls already knew that*




Meh ramai ramai kita ketuk nasihatkan tuan belog ni untuk baiki belog dia

notakaki: muka Pakcik Ben kah yg berada di senarai followerku?

Wednesday, April 25, 2012

It's HeartKill


If your presence only made my injury more severe,
you'd better leave before I'm completely killed

Friday, April 13, 2012

Birthday Gurl Weh!!!


Ouh, da tua ropenye aku ni.
Tau2 lagi beberapa tahun dah selamat jadi isteri n ibu orang lak

Sighhh.....

Urmm...
Dah alang2 harini ada PC Fair


Annne, Galaxy Note satu!!!
BlackBerry taruk atas ek...







Mr. Papa, nak hadiah n cake...

Buleh??