Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Saturday, June 18, 2011

Masjid Jamek

Ada sesuatu yg menarik terjadi waktu Luna keluar dengan Cik Fatin

Untuk dijadikan cerita, tadi Luna dengan Cik Fatin keluar nak cari barang sikit kat Masjid Jamek. Bila dah puas dok pusing sana sini sampai kaki pun dah naik longgar, masa untuk kitorang pulang *ceh,PULANG... ayat cam skema sikit*

Waktu nak pulang tu, kitorg tengah ade kat tengah2 jalan TAR *bukan jalan yg bertar okeh walaupun jalan tersebut memang bertar* Jalan TAR hari sabtu ade pasar malam.

Sekali Puan Mama call. Rupe2nya die pun pergi jalan TAR jugak. Atas sebab yg tertentu, Cik Fatin kena pulang dahulu dan Luna harus menemani Puan Mama. Jadi Luna mintak izin kat Puan Mama untuk hantar Cik Fatin ke stesen keretapi Masjid Jamek.

Waktu tengah lalu kat bazar masjid jamek tu, ada beberapa peniaga haram tanpa lesen (PHTL) sedang berniaga dan tetiba...

Salah seorang peniaga: weh, DBKL datang weh!!!
Yg lain2: LARIK!!! (sambil membungkus segala barang niaga)

And guess where am i and Cik Fatin at that time?? Kat tengah2 peniaga yg lari lintang pukang. Yes, we are in the middle of the 'kekecohan'

Cik Fatin terus jadi patung tak bergerak2 langsung dari tempat kejadian. Luna lak tak tau kenapa terus peluk handbag dan tarik Cik Fatin keluar dari situ. Kejadian yg agak mengejut dan menakutkan.

Orang lain semua dok tengok ape yg bising2 tu. Ade yg tanye kat Luna samada kitorang ok ke tak. Waktu tu kitorang agak terkejut jadi kitorang cume angguk je.

Lepas hantar Cik Fatin luna kena pergi ke Puan Mama lak. Jadi Luna kena lalu balik jalan lintang pukang tadi. Rasa agak seriau gak waktu tu. Tapi waktu lalu balik, PHTL tersebut dah start berniaga balik. Diorang ni memang tak serik2.

Saturday, June 11, 2011

Mana satu ni??

Adik Luna *ceh,sejak bile bahasekan diri jadi luna ni??* ngan Puan Mama berebut telebisyen nak tengok samada Konsert AFNIL atau perlawanan Terengganu vs Kelantan.

Luna lak tersepit kat tengah2 sebab kena paksa pegang remote telebi.
Kalo ikutkan hati rasa macam nak tutup je telebi tu.

Tapi kesian pulak kat Puan Mama sebab bukan selalu Puan Mama dapat tengok telebi. *adik Luna asyik conquer telebi. Hari2 asyik layan SpanBob SeluarKotak je. * 

Jadi, apa yg Luna buat??
Bawa adikku ke restoran mamak di mana Mr.Papa dan lagi sorang adik Luna tengah kusyuk menyaksikan perlawanan tersebut *"tu la, suruh ikut Mr.Papa awal2 taknak." bebel Luna kepada adik Luna* 

Maka, dengan itu, berakhirlah konsert terakhir AF buat selama-lamanya perebutan antara Puan Mama dan adik Luna. Jadi, pengajaran dari situasi ini adalah, beralah la ngan ibu anda.


Thursday, June 9, 2011

Bunyi ape tu??

Oh,rasa lama giler tak hapdet belog. Orang lain punye belog aku tengok steady je diorang update panjang2 hari2.*cane korang buat ek??? cer bagi tips sikit cane nak maintain hapdet belog hari2*
Eh,baru aku perasan, tiap2 bulan aku hapdet 1 entri je *apo nak jadi ni luna???*
Ok, rasa agak down sikit sekarang. Now back to the main course title

7/7/2011

Dalam pukul 8.30 pagi, aku terjaga dari tidur bila tetibe dengar bunyi yg agak kuat. Mula2 aku ingatkan bunyi guruh sebab malam tadi hujan.Tapi bile dengar betul2, bunyi tu cam bunyi kapal terbang nak landing je.

Mungkinkah kapal terbang seperti ini???

Takut betul aku. Family aku pun perasan bunyi tu. Puan mama kata tu mungkin bunyi jet TUDM berlatih untuk merdeka nanti.


Tapi bunyi tu kuat semacam je. *aku tau camne kuatnye bunyi jet TUDM sebab tiap2 tahun mesti ade jet TUDM rehearsal n lalu kawasan rumah aku tiap kali nak dekat merdeka*

Bunyi yg aku dengar kali ni lain semacam je sampai boleh buatkan aku terjaga dari tidur. Takut aku kalau de kapal terbang nak buat emergency landing ke ape *ni pengaruh citer Air Crash Investigation la ni*

Aku ada tanya kawan aku yg dok kat taman perumahan sebelah samada die dengar ke tak bunyi tu *mane la tau kot2 aku mengigau ke* and it turn out, die pun dengar bunyi tu gak.

Aku tanya die samada die ade nampak ape2 x waktu dengar bunyi tu n die xde nampak ape2 pun.
 *ok,this is freaky...*

Bile tanye kat jiran die pun kata dengar bunyi tu tapi tak nampak ape2.
*ok, super freaky... bunyi apakah???*

Sampai sekarang aku maseh tertanye2 bunyi apa yg aku dengar sampai buatkan satu family aku terjaga
*hantukah? alienkah? apakah?*  

Akhir kata, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...... *tetiba*

Monday, May 16, 2011

Short Update 2

Nak update sekejap. Line tak berapa nak cantik

Just want to say

TERIMA KASEH!!!

TENKIU!!!

ARIGATO!!!

KAMSAHAMNIDA!!!

GRACIAS!!!

MERCI!!!

Kepada kesemua mereka2 yg sudi menjadi pelangi (follower) saya
Walaupun tidak sebanyak orang lain tetapi anda telah menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan berblogging

Dan untuk menunjukkan penghargaan,saya ingin menganugerahkan award di bawah untuk mereka2 yg sudi menjadi pelangi saya



Dan, sekali lagi, TERIMA KASEH!!!

Wednesday, May 11, 2011

...

Aku nak update. Tapi takde idea.
Ingatkan boleh citer pasal besday aku. Tapi bende tu dah lepas.
Pastu ade plan nak citer pasal final exam. Tapi tu pun dah lepas.
Hmmm... mungkin aku patut update pasal maharaja lawak. Tapi bende tu pun aku dah terlepas.
*banyaknye bende aku da terlepas*

Urmm... nak cerita pasal apa ek???
Sebenarnya aku dah ada list tentang bende yang nak di'update'.
Tapi lepas black baby ni *orang laen ade iphone4, blackberry, aku cume ade my black baby je* kene anta hospital, entah mane hilangnye list tersebut.
Oh,baru aku teringat. black baby aku kene anta pergi hospital sebab takleh nak masuk internet no matter by wireless or berukbang mahupun menggunakan cable *terasa ayat agak skema di situ*

Sekarang ni tengah cuti semester. Atas sebab yg aku tak ketahui, aku akan bercuti selama 4 bulan. Jadi dalam 4 bulan ni agak2 banyak ke entri boleh keluar??? *well, don't count on it* Aku dijangka akan bekerja sepanjang cuti semester ni walaupun resume satu hape pong tak hantar lagi.
*bajet terus dapat keje la tu takmo hantar resume lagi. hehe...*

Waktu tengah menulis ayat ni, aku tengah ade kat rumah, tengah memasak .Hehe...
*caye x aku tengah masak???*  Jap2, meh aku amek gambar *xde keje kan bwk camera masuk dapur???*
Okeh,da amek. Tunggu jap eh, nak try transfer gambar masuk black baby ni *mane pergi kabel ni???* Bluetooth dongle pong da tercampak kat mane tah.
Maklumlah, cuti panjang camni macam2 aku bawak balik sampai adik2 aku kene pegang barang dalam kereta sebab kat boot *but ke bot? or is it boat?? eh,tu kapal...* da penoh
jap ek,aku tengah cube cari cara nak tranfer gambar ni
.
.
.
.
.
*bunyi effect: tik tok tik tok tik tok*.
.
.
.
.
2 jam kemudian...

Nanti2 je la aku tranfer *bile da jumpe cable*
In the mean time, (terbau something hangit). Alamak!! nasi da overcook!!
Huhu... apakan daya, nasi da jadi kerak
*nasi tak jadi bubur sebab aku sukat air betul2. so,tiada sebarang lebihan air untuk buat nasi tersebut menjadi bubur(panjang sungguh explaination aku)*

Nanti la aku sambung. Nak kene masak nasi baru.
Da la xde idea nak buat entri. *tengok balik karangan di atas*
Eh, da siap satu entri???

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Ok, ini adalah first time aku join segmen camni. Just trying my luck... Wish me luck *rase cam amek exam lak. hehe...* Untuk join segmen ni, kite kene jawab beberapa soalan dari tuan rumah 

1) Berapa lama dah blogging.
  • Aku mula berblogging dari tahun lepas. Sebelum ni aku ade satu blog lain tapi da lame sangat tak bukak sampai aku sendiri da lupe password belog tersebut *hehe...* Asalnye aku sangat suke tengok belog orang lain (baca: blogwalking) tapi waktu tu aku takde belog sendiri. Jadi pada 8 March 2010, hari Senin (baca: Isnin) sekitar pukul 12 tengahari lahirlah belog yg tidak seberapa ni.
2) Kenapa suka blogging.
  • Dari belog ni, aku dapat kenali suatu dunia yang baru. Rase cam dunia ni jadi lagi indah sebab dapat kenal dengan ramai orang walaupun tidak pernah bersua muka. Lagipun, dari berblogging juga aku dapat info2 terbaru yg berlaku dan pada masa yg sama, dapat berkongsi ilmu. Macam pepatah inggeris berkata "Sharing is Caring". Betul tak???

3) Blog kamu mengenai apa.
  • Buat masa ni aku consider belog aku sebagai pandangan aku terhadap apa yang berlaku di sekitar aku. Apa2 ilmu terbaru yang aku dapat, akan aku kongsikan dengan para pembaca aku. Kadang2 belog ni juga bertindak sebagai diari aku setelah diari asal aku dah musnah dimakan anai2 . Senang kata, belog ini adalah satu medium untuk aku berinteraksi dengan orang ramai 
4) Harapan dalam dunia blogging
  • Aku berharap agar dunia berblogging dapat menjadi satu medium untuk merapatkan ukhwah sesama blogger dan semoga entri yg dihasilkan dapat memberi manfaat kepada semua. Sekiranya terdapat sebarang kekhilafan yg berlaku ketika wujudnya entri baru, sila2 kan untuk menegur saya.