Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

*Perghhh.... gigih buat entri raya padahal baru 26 hari pose*

Dimulakan dengan ucapan Bismillah dan diikuti dengan Assalamualaikum,
*dimulakan dgn bismillah, disudahi dengan alhamdulillah*

Dengan ini saya mengumumkan ESOK RAYE!!! Ceh, takde la.
CZ cume nak cerita sikit pasal sesuatu yang berlaku di sekeliling CZ.
Oh, sebelum tu rasanya belum terlambat kan nak wish Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan
*dah agak terlambat dah*

Tahun ni raya agak berbeza sebab..... *insyaallah*
Hari Raya disambut ketika kita di ambang sambutan MERDEKA!!!
dan... dan... dan...
 Birthday Puan Mama pada 31 Ogos. Yea, yea, besday mama. *wait, nape aku yg eksaited???*
Tiap- tiap tahun CZ rase sambutan birthday Puan Mama agak meriah sebab feeling satu Malaysia sambut *hehe...*
 Jadi tahun ni agak extra special sebab Raya dan Merdeka dan Birthday Puan Mama serentak.

Rasa macam nak pasang je mercun Merdeka yang diorang selalu bakar waktu sambut Merdeka tapi...
CZ taknak la jadi salah seorang yang sangat bertuah untuk beraya di hospital.
 CZ pun bukannya suka pun dengan bunyi mercun.
Kalau bunyi belon meletup pun CZ dah mencicit lari jauhkan diri, bunyi mercun apatah lagi
*ayat macam jawapan skema dalam karangan SPM je*

Diam tak diam dah 26 hari kita berpuasa. Kita pun dah berada di 10 malam terakhir.
Malam macam ni lah yang dinanti, ditunggu dan dicari kerana datangnya MALAM LAILATUL QADAR. Malam yang penuh keberkatan dan dikatakan lebih baik dari 1000 malam.



Dengan itu CZ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam.
CZ mohon maaf jika ada tersalah kata, tersalah tulis atau perbuatan yang mungkin telah dilakukan samada sedar atau tidak. Dan sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka mereka yang telah pergi mengadap Ilahi. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

Akhir kata,   


2 comments:

kura said...

happy birthday mama. Eh! hahah..

untung la birthday 31ogos!

Selamat Hari Raya :0

ZaRa said...

memang best

rase macam bunga api kat dataran merdeka tu ditujukan khas untuk Puan Mama. hehe...

Selamat Hari Raya. Jangan main mercun ye. Nanti gelap lak mase depan. hehe...