Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Sunday, July 31, 2011

My Little Trip : Part 2

Lepas puas berpusing2 kat Jakarta pada minggu pertama, pengembaraan diteruskan ke minggu kedua di mana CZ ke
=>

BANDUNG!!!

Waktu ke bandung, pemandangan sekeliling dalam perjalanan ke sana
adalah sangat mengambilnafas (baca: breathtaking) menakjubkan. Cer tengok sendiri

=>


Cantik tak???


Dan juga terdapat sesuatu yang agak menarik...

=>

kalo tayar kat belakang tu pecah satu, banyak lagi spare buleh ganti


First stop CZ adalah

=>

kolam ikan!!!

Hehe... gurau jek. Hentian sebenar adalah di

=>



Rumah mode. Jemputlah datang ye...
Sebenarnye kolam tersebut berada di rumah mode

Agak lame berada di situ. Kecantikan para pria yang ganteng di situ telah menawan hatiku agar terus kekal di situ *ceh,ilusi semua itu*

Hehe... takde la. CZ rambang mata tengok baju kat sane sangat cantik dan comei dengan harga yang saangat murah. Rasa macam nak borong semua baju kat kedai tu. Baju untuk lelaki pun agak 'mengancam' *CZ tak tau la perkataan apa yang dapat menggambarkan ke... kelakian kecantikkan baju tu*

Mengikut sumber yg dipercayai, ketika CZ datang ke Rumah Mode, waktu tu tengah ada mega sale untuk habiskan stok. Jadi harga baju menjadi super murah dan ia menggoda CZ untuk menghabiskan duit di situ.

Setelah cuba *dengan sedaya upaya* untuk menolak godaan itu, CZ meneruskan perjalanan ke

=>

The Secret
Seperti namanya, tempat ni memang ada banyak secret. Bila mula masuk tempat tu, rasa macam berjalan ke dunia lain. Baju di sana sangat cantik dan comei dan eksklusif dan murah.

Selain tu, terdapat mini garden yang dikelilingi restoran dan kedai kecil di dalam the secret.
Kalau rasa nak cari baju2 yg nampak eksklusif tapi murah, this is the place. Macam2 boleh dijumpai di sini. Handbag, travel bag, wallet, kasut, selipar, sunglasses, you just name it.


Dah lama berjalan sampai CZ pun tak perasan yang CZ belum breakfast and lunch. *kire brunch skali la* dan tempat yang dituju adalah

=>

Restoran Sunda
*sebenarnye CZ pun tak berapa ingat nama restoran tu sebab x amek gambo pun tp rasenye restoran ni la kot*

Oh, CZ de bagitau tak yang trip ke bandung dan pulang dari bandung semuanya berlaku dalam satu hari??? Bila balik ke jakarta, lepas mandi dan solat, cume satu jela tempat CZ akan pergi.
.

.

.

.

.

Ke katil empuk dalam bilik. CZ tak ambil masa yang lama pun untuk ZzZzzzz.....

nighty night
Selamat malam...

2 comments:

DaYaH JeLitA said...

wahh beshnya g bandung

Cik Zati said...

hehe...
ikut orang yg bercuti
die yg bawa ke sana