Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Friday, January 21, 2011

Pemikir Muda

Semalam Thaipusam. Batu Caves mesti sesak giler. Bukan aku ade hal pun sampai nak kene lalu kat Batu Caves. Pe yang aku nak cerita ni pun takde kene mengene p0n ngan Thaipusam.

Arini aku nak cerite sikit pasal hal yang berlaku kat tempat aku belajar. Aku ade program dengar ceramah kat sane *xkan aku yang berceramah lak. yela, sapela nak dengar aku berceramah kan??*   Nak tau sape penceramah jemputan??? *oh,aku rase tersangat nerbes sekarang*

TARA!!!!

 Eh! Bukan die la. *sorry salah upload*
Jap ek aku cari dulu gambar penceramah tu
.
.
.
.
.
.

Ha!!! Ni dia!!!

Sile terkejut sekarang ye

Betapa aku sangat bangga dapat berjumpa dan bertentang mata dengan beliau. Beliau lah idolaku sejak dari zaman pemerintahannya. Ikhlas dari hati... aku rase xkan ade lagi pemimpin seberani beliau...sebijak beliau... sekritis beliau...dalam ape sahaja yang beliau buat...semuanya memandang jauh ke hadapan...setiap kata2nya...butir bicara...sungguh amat terkesan di hatiku*agak emo di situ*

Selain tu, isteri beliau juga turut mengiringi beliau selain dari bodyguard2 beliau.
Oh ye, Rosyam Nor*ala,yang pelakon n penerbit Pilih Kasih tu* turut turun padang dewan untuk meminang saye mendengar ceramah beliau. Ramai gak yang datang. Kalau tak silap aku, pihak yang terlibat dalam penganjuran ceramah ni cume targetkan dalam 1000 orang je datang, sekali lebih 5000 orang yang datang.*yela,sape la nak lepaskan peluang berjumpe ngan Dr. M kan???* 

Nak taw x, de satu bende terjadi sebelum kedatangan Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad ke dewan. Pengacara majlis tu *kalau x silap aku* suruh kitorang berdiri waktu lagu Negaraku dimainkan *tu bese la kan???*  tapi kitorang diminta supaya x nyanyikan lagu tu *Huh???* Memang aku nak tergelak waktu lagu tu dimainkan. Yela, kan kite da terbiase dari sekolah rendah tok nyanyikan lagu tu. Bile diorang play lagu tu, spontan aku terus menyanyi sampai la kawan aku tegur. *Hehe...  :D* Tapi ape kes suruh kitorang jangan nyanyi lagu Negaraku???

Oh, lupe nak gtaw. Ceramah tu bertajuk 'Wacana Perdana Pemikir Muda'.


Bende tu kisah pasal pemikiran anak muda zaman sekarang yang lebih suke gunekan kepala lutut daripada otak untuk berfikir.*sorry ye. ayat agak kasar di situ* Aku ingat lagi salah satu ayat die:

"Kemajuan tidak berpandu kepada pendapatan per kapita yang tinggi.. tetapi penguasaan ilmu pengetahuan dan kecekapan adalah kriteria penting untuk mengiktiraf sebagai sesebuah negara maju. Disiplinkan diri dan kawal nafsu kerana bangsa yang gagal adalah bangsa yang tidak berdisiplin
Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau jugak ade cakap,
 
"contohlah semua yang datang ni.. xhadir hari ini.. maybe mereka suka menjadi mat rempit contohnye.. daripada mendengar syarahan atau ucapan daripada orang tua yang dah nyanyuk ini"
time tu semua gelak. *hehe...* Siyes memang sweet gile
Antara yang lain lak,


“Terdapat bangsa yang mempunyai nilai hidup yang langsung tidak sesuai dengan kemajuan. Pendirian mereka tidak sesuai dengan kemajuan yang dikecapi. Bangsa ini, bukanlah dilihat dari segi ethnicity, tapi dari segi budaya. Terdapat mereka yang terdiri dari etnik yang sama, tapi mempunyai budaya yang berlainan, oleh itu mempunyai pemikiran yang berlainan. Bangsa yang akan prevail, adalah yang mempunyai budaya and pemikiran yang bersedia untuk menerima kemajuan”

“Nilai hidup kita perlu lah focus kepada tanggungjawab. Tanggungjawab kepada diri dan kepada masyarakat. Budaya bangsa yang berjaya, adalah budaya yang boleh mengawal nafsu. Budaya yang tegas denagn disiplin. Ada bangsa yang suka duduk saja, I call them the ‘laidbacks’. Dia mahu tidur saja. Mahu goyang kaki. Tidak mungkin akan berjaya. Jika kita mahu berjaya dalam sesuatu, kita perlulah sanggup. Sanggup untuk membuat sesuatu berulang – ulang kali.”



“We alway have to keep our priorities in check. Our priorities show who we are, and whether or not we going to succeed. Kita jangan buat jenayah, tapi jangan takut kepada undang – undang. Jangan avoid jenayah kerana undang -undang, tapi kerana kita tahu ia tidak bagus untuk kita. Apa yang tidak bagus untuk kita, adalah tidak bagus untuk masyarakat. We sometimes forget that we are direct contributors to our country. That our every action have an impact on our country.”

“Kita perlu sentiasa bertanya, kenapa? Kenapa kita berbuat sesuatu? Kenapa ia buruk? Kenapa ia baik? Kenapa boleh buat? Kenapa tak boleh buat?”

"Put your heart and soul in whatever you do. tahu apa aset kita. apa pun jurusan yang kita ambil walaupun bukan minat kita.. Tingkatkan!"

"Cabaran zaman ini kurang menekan berbanding zaman dulu. sebab itulah orang sentiasa ambil mudah. kebanyakan orang melayu lebih gunakan wang untuk berbelanja berbanding untuk simpan bagi kegunaan masa depan"

Pastu die tukar topik ke Wawasan 2020

“Adik – adik, or should i say, anak-anak? *hehe..*  tahu kenapa saya pilih 2020? Kerana dari segi medik nya, mata kita, kalau betul – betul terang, perfect vision, it’s 2020. 20 sebelah kiri, 20 sebelah kanan. Apa yang saya nak dari sini, adalah supaya by then, kita boleh lihat dengan terang. Supaya kita dapat lihat apa yang kita mahu.”

“Kalau masa jajahan dulu, orang melayu cukup insecure. Tengok orang putih, rasa diorang sangat pandai. Tak mungkin orang melayu boleh pandai macam orang putih. Ini lah orang panggil inferiority complex. Kita psycho diri sendiri. We make ourselves believe that we are incapable of development.”

“Sebab tu, saya keluarkan Malaysia Boleh!. Because we need the confidence. Sebab kita memang boleh. Tapi kita sendiri yang insecure. Kita boleh jadi macam orang putih. Kita sama macam mereka, tiada yang lain. Sebab tu, kita ada rakyat yang belayar solo satu dunia, yang panjat Everest, yang hebat semua.”

“Jadi, untuk 2020 menjadi kenyataan, kita mestilah menukar cara pemikiran. Kita boleh. Kita mesti mahu, baru boleh.”

Pastu de sesi tanye soalan kepada beliau. Waktu tu aku tengok memang ramai gak la yang berebut nak tanye soalan kat beliau. Tapi soalan di'limit'kan kepade 5 je. Antare soalan n jawapan aku ingat de orang tanye:

“Adakah Tun dapat melihat kejayaan orang Melayu dalam bidang perniagaan satu hari nanti?”

“Kita ni dulu, datang dari orang – orang petani. Peladang. Kita punya pemikiran masih di tahap itu. Jadi kalau kita mahu masuk dalam bidang perniagaan, kita kena tukar cara pemikiran. Orang kita kalau nak buat business, sebab nak cepat kaya. Sebab tu cepat balik miskin. Kita perlu sanggup untuk buat sedikit demi sedikit. Perniagaan ini adalah satu cara hidup. Bukan pekerjaan.”

Dalam pada itu, aku de rase sedih gak la. Aku bayangkan bagaimana kalau satu hari nanti.. andai beliau sudah tiada.. sape lah yang boleh ganti beliau..
sebab setiap yang hidup itu.. pasti akan mati.. tapi yang pasti
xkan ada orang yang boleh menjadi pengganti beliau
Pastu kan,
Time Dr. M dan rombongannye nak berangkat pulang, time tu la semua student amek peluang tok amek gambar die, bersalam ngan die dan aku termasuk dalam salah satu golongan bertuah yang berjaya untuk bersalam dengan Dr. M, isterinya dan Rosyam Nor *jeles x? jeles x?*


  




Oh, Datin Rosmah juge ade berkata kepadaku supaya belajar rajin2 dan teruskan beri sumbangan kepada negara.

Datin Hasmah
Sorry gambar agak blur cket
Siyes, aku rase sangat eksaited waktu tu. Rase cam budak kecik yang diberi hadiah gula2. Hehehe... (^_^)v Aku dapat rasakan kepuasan yang tak terhingga seperti dapat bershopping tanpa had <= peribahasa terbaru. sile jangan gunekan di dalam karangan SPM anda dan yang sewaktu dengannya.

Kalaula aku dapat pilih seseorang sebagai wanita melayu terakhir, Datin Hasmah la pilihanku. Beliau sangat merendah diri n ade sense of humour,tapi masih tegas pada masa yang same. She's also very friendly. Waktu beliau nampak kitorang dalam  bas*kitorang da nak balik waktu tu* ,beliau yang tengah ade kat dalam kereta waktu on the way out, sanggup buka tingkap cume semata mata nak melambai kat kitorang. Dan ni bukan lambaian cam seorang puteri nak melambai kat rakyat jelatanya, ia adalah lambaian dan senyuman yang jujur yang datang dari hati. Beliau siap mintak Tun Mahathir supaya melambai kat kitorang gak. Oh, aku merasa sungguh terharu. 

Ini lah dikatakan seorang pemimpin. Pemimpin yang sejati. Seseorang yang tahu terdapat masalah dan menanganinya. Seseorang yang tidak gentar untuk menyatakan apa yang tidak kena dengan masyarakat seskeliling. Bukan seseorang yang hanya membaca suatu ucapan yang ditulis oleh orang lain. Seseorang berupaya untuk berucap selama 2 jam tanpa henti dan tidak mengeluh tetapi sebaliknya menikmati saat itu. Seseorang yang optimis terhadap orang bawahannya. Seorang pemimpin sejati. 

1 comment:

Rean said...

nak jumpa tun juga! :)