Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Friday, April 27, 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

Uncle Abe Ben buat segmen lagi

BEN ASHAARI

Klik la header ayah Qhaliff ni kalau nak join ye. Nak klik kat SINI pong boleh.
Tapi kena cepat2 sebelum 9 malam
*but i guess y'alls already knew that*




Meh ramai ramai kita ketuk nasihatkan tuan belog ni untuk baiki belog dia

notakaki: muka Pakcik Ben kah yg berada di senarai followerku?

Wednesday, April 25, 2012

It's HeartKill


If your presence only made my injury more severe,
you'd better leave before I'm completely killed

Friday, April 13, 2012

Birthday Gurl Weh!!!


Ouh, da tua ropenye aku ni.
Tau2 lagi beberapa tahun dah selamat jadi isteri n ibu orang lak

Sighhh.....

Urmm...
Dah alang2 harini ada PC Fair


Annne, Galaxy Note satu!!!
BlackBerry taruk atas ek...







Mr. Papa, nak hadiah n cake...

Buleh??


Thursday, April 12, 2012

Buat bakal Imam Rumahtangga

Awak,awak. Please take note ye...


Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


Sumber: Pesbuk

Ini pun ingatan untuk saya jugak. :)

BTC3: Hitam dan Putih/Black and White

Hampir lupe lak aku tengah anjurkan contest
*walaupun takde sape pun yg join. people probably think tuan belog ni syok sendiri. sighh...*



sorry, Matluthfi. pinjam gambaq ang sat
 
Sebenarnya ada cerita disebalik hitam dan putih ni
 


Okey, hanya gambar je hitam putih
 
Ini adalah kali pertama aku memanah.
Di shopping complex.
Hasilnya lengan aku sakit selama seminggu dan hari2 kena sapu losyen mustajab.
Dan sekarang ni sebelah lengan aku jadi lagi slim dari lengan lagi satu.
Hmm... pembakaran lemak yg berkesan.
*cis,nape bile aku sapu kat perut takde pape effect pon??*


Memang azam aku lepas tu taknak memanah dah. Dan ia terus bertahan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..... sampai jiran aku bawa balik an arrow n bow. Sekarang hobi baruku adalah memanah kotak kosong
yang.tak.digunakan.milik.pakcik.kedai.runcit.yang.tanak.buang.kotak.itu.lalu.kitorang.amek.dan.bawak.lari.senyap2 


Kini sebelah lenganku jadi semakin slim.



 
Oh my belly, y u no wanna go slim?? *takde kene mengene*

Tuesday, April 3, 2012

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

  1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
  2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
  3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
  4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
  5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
  6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..
  7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
  8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
  9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
  10. Jika kamu mengirimkan ini kepada para lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar

Bukan nak kata semua lelaki berperangai macam ni. But based on my experience, some of them do have the tendency of becoming one of the list.
Anda setuju??

Guys, chill. I don't mean it the other way.

Monday, April 2, 2012

BTC2: Curious/ Ingin Tahu

So far sambutan memang 'sangat menggalakkan'
*just proven that people couldn't care less about u*


http://www.emocutez.com

Anyway, some people say that

Curiousity kill a cat

BUT

in this case


it just suck the cat


better luck next time dear kitty