Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Monday, May 16, 2011

Short Update 2

Nak update sekejap. Line tak berapa nak cantik

Just want to say

TERIMA KASEH!!!

TENKIU!!!

ARIGATO!!!

KAMSAHAMNIDA!!!

GRACIAS!!!

MERCI!!!

Kepada kesemua mereka2 yg sudi menjadi pelangi (follower) saya
Walaupun tidak sebanyak orang lain tetapi anda telah menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan berblogging

Dan untuk menunjukkan penghargaan,saya ingin menganugerahkan award di bawah untuk mereka2 yg sudi menjadi pelangi saya



Dan, sekali lagi, TERIMA KASEH!!!

Wednesday, May 11, 2011

...

Aku nak update. Tapi takde idea.
Ingatkan boleh citer pasal besday aku. Tapi bende tu dah lepas.
Pastu ade plan nak citer pasal final exam. Tapi tu pun dah lepas.
Hmmm... mungkin aku patut update pasal maharaja lawak. Tapi bende tu pun aku dah terlepas.
*banyaknye bende aku da terlepas*

Urmm... nak cerita pasal apa ek???
Sebenarnya aku dah ada list tentang bende yang nak di'update'.
Tapi lepas black baby ni *orang laen ade iphone4, blackberry, aku cume ade my black baby je* kene anta hospital, entah mane hilangnye list tersebut.
Oh,baru aku teringat. black baby aku kene anta pergi hospital sebab takleh nak masuk internet no matter by wireless or berukbang mahupun menggunakan cable *terasa ayat agak skema di situ*

Sekarang ni tengah cuti semester. Atas sebab yg aku tak ketahui, aku akan bercuti selama 4 bulan. Jadi dalam 4 bulan ni agak2 banyak ke entri boleh keluar??? *well, don't count on it* Aku dijangka akan bekerja sepanjang cuti semester ni walaupun resume satu hape pong tak hantar lagi.
*bajet terus dapat keje la tu takmo hantar resume lagi. hehe...*

Waktu tengah menulis ayat ni, aku tengah ade kat rumah, tengah memasak .Hehe...
*caye x aku tengah masak???*  Jap2, meh aku amek gambar *xde keje kan bwk camera masuk dapur???*
Okeh,da amek. Tunggu jap eh, nak try transfer gambar masuk black baby ni *mane pergi kabel ni???* Bluetooth dongle pong da tercampak kat mane tah.
Maklumlah, cuti panjang camni macam2 aku bawak balik sampai adik2 aku kene pegang barang dalam kereta sebab kat boot *but ke bot? or is it boat?? eh,tu kapal...* da penoh
jap ek,aku tengah cube cari cara nak tranfer gambar ni
.
.
.
.
.
*bunyi effect: tik tok tik tok tik tok*.
.
.
.
.
2 jam kemudian...

Nanti2 je la aku tranfer *bile da jumpe cable*
In the mean time, (terbau something hangit). Alamak!! nasi da overcook!!
Huhu... apakan daya, nasi da jadi kerak
*nasi tak jadi bubur sebab aku sukat air betul2. so,tiada sebarang lebihan air untuk buat nasi tersebut menjadi bubur(panjang sungguh explaination aku)*

Nanti la aku sambung. Nak kene masak nasi baru.
Da la xde idea nak buat entri. *tengok balik karangan di atas*
Eh, da siap satu entri???

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Ok, ini adalah first time aku join segmen camni. Just trying my luck... Wish me luck *rase cam amek exam lak. hehe...* Untuk join segmen ni, kite kene jawab beberapa soalan dari tuan rumah 

1) Berapa lama dah blogging.
  • Aku mula berblogging dari tahun lepas. Sebelum ni aku ade satu blog lain tapi da lame sangat tak bukak sampai aku sendiri da lupe password belog tersebut *hehe...* Asalnye aku sangat suke tengok belog orang lain (baca: blogwalking) tapi waktu tu aku takde belog sendiri. Jadi pada 8 March 2010, hari Senin (baca: Isnin) sekitar pukul 12 tengahari lahirlah belog yg tidak seberapa ni.
2) Kenapa suka blogging.
  • Dari belog ni, aku dapat kenali suatu dunia yang baru. Rase cam dunia ni jadi lagi indah sebab dapat kenal dengan ramai orang walaupun tidak pernah bersua muka. Lagipun, dari berblogging juga aku dapat info2 terbaru yg berlaku dan pada masa yg sama, dapat berkongsi ilmu. Macam pepatah inggeris berkata "Sharing is Caring". Betul tak???

3) Blog kamu mengenai apa.
  • Buat masa ni aku consider belog aku sebagai pandangan aku terhadap apa yang berlaku di sekitar aku. Apa2 ilmu terbaru yang aku dapat, akan aku kongsikan dengan para pembaca aku. Kadang2 belog ni juga bertindak sebagai diari aku setelah diari asal aku dah musnah dimakan anai2 . Senang kata, belog ini adalah satu medium untuk aku berinteraksi dengan orang ramai 
4) Harapan dalam dunia blogging
  • Aku berharap agar dunia berblogging dapat menjadi satu medium untuk merapatkan ukhwah sesama blogger dan semoga entri yg dihasilkan dapat memberi manfaat kepada semua. Sekiranya terdapat sebarang kekhilafan yg berlaku ketika wujudnya entri baru, sila2 kan untuk menegur saya.