Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Sunday, February 27, 2011

Words...

Words are more than i can say
Wordes that run and jump and play
Words that laugh and words that cry
But only words can tell a lie...




Thursday, February 24, 2011

Geram...

Harini aq rase sangat2 geram kat seseorang
Geram sangat sampai buat pertama kalinye dalam sejarah hid0p aq,
aq tengking orang sampai housemate aq pun takut dengar kelantangan s0re aq.

Kenapa aq tetibe tengking orang?

Sebab die berkata sesuatu yang kasar kat aq dan die anggap kata2 die cam xde ape2.
Cerita die mulanya camni bile aq call die nak tanye something...
(btw, die adalah lelaki)

Aq: Awak, awak tau x jalan nak gi ***(kawasan perumahan)
Die: Tak tau la awak. Nape nak gi sane? Nak gi rumah boipren ek???
Aq: Takdela. Saye ade hal sikit nak diuruskan kat sane. Kalau awak tak tau xpela. T saye tanye orang lain
Die: Ala, nak gi rumah boipren r tu. Bukannye saye tak tau

Time ni aq da start berangin da

Aq: Awak, ape yang fikir pasal saye?
Die: Ala pompuan sume same je. Kalau da tetibe tanya pasal satu tempat, pastu nak g sane sendiri lak tu, pe lagi yang die nak buat?
Aq: You.... take that (word) back..!!!
Die : Kalau saye xnak?
Aq: (menahan geram)

Pastu aq terus letak telefon. Die call aq balik tapi aq malas nak angkat. Taw2 de mesej masuk

"Kredit anda da low. Sile topup tok elak sebarang kesulitan di masa hadapan"
Cis, pakcik maxis ni. Time aq tengah panas camni lak die anta mesej

Then, ade mesej masuk lagi

"Tahniah! Nombor sim anda telah terpilih untuk memenangi hadiah bernilai 4 juta. Sile bank-in duit anda ke akaun berikut untuk memudahkan urusan penghantaran wang"
S*** tol mamat Endon nih. Kang aq forward num die kat balai polis kang

Sekali lagi handphone ku berbunyi.

Quack,quack. Eh, salah. Tetettetettt....

Pe lagi la bala nak datang nih?? Bile aq tengok hp, oh, mamat sengal tuh rupenye. Mule2 aq malas nak bukak mesej die rase cam nak delete je terus tapi aq nak taw gak pe alasan die cakap camtu. Dan ni la alasan yang die bg:

"Awak,saye gurau je la. Bende camni pun nak touching. Sensitif tol"

Die anggap bende ni gurau??. DIE ANGGAP HANYA GURAUAN??!! Memang mintak maki mamat ni.
 Aq yg tengah berangin ni tetibe terbakar. Memang mencurah minyak petrol ke dalam api tol die ni

Elok je lepas aq bace mesej die, die call. Memang pucuk dicita, ulam mendatang ni.
Aq jawab, bagi salam, n terus go straight to the point

~~Perbualan tidak dapat direkodkan kerana mengandungi bahasa yang tidak sesuai untuk ditulis ke sini!~~

Sampai abes kredit die dok dengar aq membebel kat die. Sikit pun aq x bagi die peluang tok mencelah bak kate orang dalam iklan ubat nyamuk 'Tak beri peluang!!'*Sambil menumbuk tangan*

Pastu die anta mesej minta maaf tapi aq x balas pun. Yela, kan kredit aq low

Nak tanye sikit pendapat korang. Rasional ke tindakan aq membebel kat die pasal hal camni??




p/s : i really need my serenity...

Monday, February 21, 2011

Erase You

Letting go has never been easy,
but holding on can be as difficult.
Yet strength is measured not by holding on
but by letting go..

So, i'm letting you go....




 

Friday, February 18, 2011

Tips Pengubat Rindu

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi.

 Antaranya:
Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih."
(Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Wednesday, February 16, 2011

Kaler kegemaran

Tajuk entri xde kene mengena ngan isi. Motif??? Wa punya bel0g wa punya suka la.
Ok, kembali ke mode sopan
*tarik2 baju kurung, betulkan tudung, adjust spek. eh? bile aq pakai spek??*

Arini aq nak cerite sikit pasal seseorang yang sangat teristimewa di hatiku.
Beliaulah intan, beliaulah payung, beliaulah........
.
.
.
.
kawan sekolah rendah aq.nape,ingat aq nak cerite pasal boipren ke???

Sorry cilok x gtaw

Aq knl die sejak dari aq darjah 2(ke drjh 1 ek???) Time tu aq ngn die mcm kembar x seiras sebab slalu dok bkepit cam belangkas. Aq ingat lagi waktu sekolah rendah aq ngn die dok dlm persatuan,unit beruniform , permainan,rumah sukan, sampai tempat mengaji pn same. Ekceli, kitorang berjiran dulu. Umah leh kate sebelah menyebelah gak la. Tapi die x dok lame kat kawasan perumahan tu. waktu darjah 5(kalo x clap aq) die pindah ke tempat len. Lepas pindah tu ade la sekali aq g umah baru die, sbb nak sambut besday die.

Ntah camne pastu tetibe aq lost contact ngan die.Ade gak aq try cari die.Ntah ape khabar die agaknye.

Di suatu hari(cam nak wat karangan lak), waktu thn 2010,ade suare yg agak familiar telah menelefon umah aq. N guess who??? Nope,bukan No Min Woo, Ikuta Toma mahupun Shaheizy Sam. 

Time 2 rase cam nak melompat je sebab dapat dpt contact die blk da mcm boipren talipon lak. She is now a businesswoman n a kindergarten teacher(n aq xsalah eja kindergarten k. dalam kamus mmg tu ejaan die). Oh, and also a part time model.

Hurmm... oleh kerana die ni seorang cikgu, agaknye ade ke student die bperangai cam shin chan.

ihsan incek google
satu bahagian harus di'censored' atas sebab2 keselamatan

 Hehehe..... anyway,die buat bisnes jual tudung n aksesori tudung. Sape yg berminat nak beli sile lah ke


oh n die juge ade blog sendiri.


 rajen2 la me'mollow' die ye....

Karangan Noghori

Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Tingga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den.

Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah.

Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.


“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

Kalau nak baca translation dia sila baca artikel ini sepenuhnya

Mak ngan abah aku xda kat rumah. Pegi toreh getah kat kebun getah. Tinggal aku, nenek dan adik aku yg umur lapan tahun je kat rumah.

Tetibe je dapur rumah jiran aku meletup!! Gedebabooo!! Belangga & kuali terhumban ( terjatuh) dkt pintu pagar. Nenek aku yg masa tu tengah kerjakan isi kekabu (untuk buat bantal kot) terperanjat, habis biji kekabu tu dia terajang. Pastu biji kekabu yg dekat tangan dia , dia masukkanya ke dalam mulut… lepas tu, aku & nenek aku bekejar ke dapur rumah jiran tu untk menolong.

Makkk aiiiii!! Bapak besar api tuh!
Tapi apekan daya, jgnkan tolong nak padam, nak dekat pon x boleh. Panas nak mamposs..! tak nak tolong kang.. jiran, tapi kalau tolong kang aku lak yg cedera. Aku & adik aku pun x berani jadi kitorang tolong tengok jela sampai api tu padam…huhu~ jiran aku tu x taulah ape citer. Kalau hidup, adalah..

X lama pas tu jiran aku pon balik. Rupa2nya dia pegi sawah tengok anak dia tangkap ikan. Puas lah aku cuba terangkan kat dia yg dapur dia terbakar, tapi dia buat bodoh je….. suka betul dia anak dia dapat ikan besarr punye!! Jawab hati kecil ku.

Hampeh tol! Aku pon balik la umah.. pas tu aku dgr jiran aku meraung….. baru perasan latuh! Agak2 masa dia nak masak ikan kat dapor kot, baru dia perasan yg dapur dia dh hangus…. Kang kalau dia dtg ngadu kat umah aku, mau je aku belasah smp pengsan. Padehal dah puas aku cuba terangkan.. hampeh2….

Itulah cerita sederhana ngeri yg aku penah tengok. Tapi itu pon dah lame giler.. Masa aku kecik2 dulu. Tu pon nenek aku yg citer.

Kalau nenek aku citer tipu, aku pun tipu lah sama kat korang sume…

Tuesday, February 15, 2011

Jenis-jenis Girl

TYPE OF GIRLS…ZAMAN KINI..
dan nama-namanya sempena istilah-istilah di zaman komputer dan internet:

  • HARD DISK GIRLS:
she remembers everything, FOREVER
(dia ingat semua perkara selama-lamanya - kalau tak rosak la)
 
  • RAM GIRLS:
she forget about you, the moment you turn her off
(dia akan lupakan anda, bila anda menolaknya)
 
  • WINDOW GIRLS:
everyone know that she can’t do a thing right, but no one can live without her.
(semua orang tahu bahawa dia tidak mampu buat apa pun dengan betul, tapi tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpanya)
  • SCREENSAVER GIRLS:
she is good for nothing but at least she is fun
(dia tidak berguna pun tapi menyeronokkan)
  • INTERNET GIRLS:
Difficult to access
(susah untuk diakses)
  • SERVER GIRLS:
Always busy when you need her
(sentiasa sibuk bila anda perlukannya)
  • MULTIMEDIA GIRLS:
She make horrible thing look beautiful
(benda yang hodoh dia boleh tukarkan jadi cantik)
  • CD-ROM GIRLS:
She is always faster and faster.
(dia semakin laju dan laju)
  • EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense
(setiap sepuluh perkara yang dia cakap, lapan adalah mengarut)
  • VIRUS GIRLS:
Also known as “wife” when you are not expecting her, she comes, install
herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you
will lose something, if you don’t try uninstall her you will lose
everything…
(juga dikenali sebagai “isteri” bila anda tidak menjangka, dia datang,
melekat dan gunakan semua sumber anda. Jika anda mahu buang dia maka
anda akan kehilangan sesuatu, jika anda tidak buang dia maka anda akan
kehilangan kesemuanya….)
 
Which one are you?
Anda gadis yang mana satu?