Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Friday, January 21, 2011

Pemikir Muda

Semalam Thaipusam. Batu Caves mesti sesak giler. Bukan aku ade hal pun sampai nak kene lalu kat Batu Caves. Pe yang aku nak cerita ni pun takde kene mengene p0n ngan Thaipusam.

Arini aku nak cerite sikit pasal hal yang berlaku kat tempat aku belajar. Aku ade program dengar ceramah kat sane *xkan aku yang berceramah lak. yela, sapela nak dengar aku berceramah kan??*   Nak tau sape penceramah jemputan??? *oh,aku rase tersangat nerbes sekarang*

TARA!!!!

 Eh! Bukan die la. *sorry salah upload*
Jap ek aku cari dulu gambar penceramah tu
.
.
.
.
.
.

Ha!!! Ni dia!!!

Sile terkejut sekarang ye

Betapa aku sangat bangga dapat berjumpa dan bertentang mata dengan beliau. Beliau lah idolaku sejak dari zaman pemerintahannya. Ikhlas dari hati... aku rase xkan ade lagi pemimpin seberani beliau...sebijak beliau... sekritis beliau...dalam ape sahaja yang beliau buat...semuanya memandang jauh ke hadapan...setiap kata2nya...butir bicara...sungguh amat terkesan di hatiku*agak emo di situ*

Selain tu, isteri beliau juga turut mengiringi beliau selain dari bodyguard2 beliau.
Oh ye, Rosyam Nor*ala,yang pelakon n penerbit Pilih Kasih tu* turut turun padang dewan untuk meminang saye mendengar ceramah beliau. Ramai gak yang datang. Kalau tak silap aku, pihak yang terlibat dalam penganjuran ceramah ni cume targetkan dalam 1000 orang je datang, sekali lebih 5000 orang yang datang.*yela,sape la nak lepaskan peluang berjumpe ngan Dr. M kan???* 

Nak taw x, de satu bende terjadi sebelum kedatangan Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad ke dewan. Pengacara majlis tu *kalau x silap aku* suruh kitorang berdiri waktu lagu Negaraku dimainkan *tu bese la kan???*  tapi kitorang diminta supaya x nyanyikan lagu tu *Huh???* Memang aku nak tergelak waktu lagu tu dimainkan. Yela, kan kite da terbiase dari sekolah rendah tok nyanyikan lagu tu. Bile diorang play lagu tu, spontan aku terus menyanyi sampai la kawan aku tegur. *Hehe...  :D* Tapi ape kes suruh kitorang jangan nyanyi lagu Negaraku???

Oh, lupe nak gtaw. Ceramah tu bertajuk 'Wacana Perdana Pemikir Muda'.


Bende tu kisah pasal pemikiran anak muda zaman sekarang yang lebih suke gunekan kepala lutut daripada otak untuk berfikir.*sorry ye. ayat agak kasar di situ* Aku ingat lagi salah satu ayat die:

"Kemajuan tidak berpandu kepada pendapatan per kapita yang tinggi.. tetapi penguasaan ilmu pengetahuan dan kecekapan adalah kriteria penting untuk mengiktiraf sebagai sesebuah negara maju. Disiplinkan diri dan kawal nafsu kerana bangsa yang gagal adalah bangsa yang tidak berdisiplin
Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau jugak ade cakap,
 
"contohlah semua yang datang ni.. xhadir hari ini.. maybe mereka suka menjadi mat rempit contohnye.. daripada mendengar syarahan atau ucapan daripada orang tua yang dah nyanyuk ini"
time tu semua gelak. *hehe...* Siyes memang sweet gile
Antara yang lain lak,


“Terdapat bangsa yang mempunyai nilai hidup yang langsung tidak sesuai dengan kemajuan. Pendirian mereka tidak sesuai dengan kemajuan yang dikecapi. Bangsa ini, bukanlah dilihat dari segi ethnicity, tapi dari segi budaya. Terdapat mereka yang terdiri dari etnik yang sama, tapi mempunyai budaya yang berlainan, oleh itu mempunyai pemikiran yang berlainan. Bangsa yang akan prevail, adalah yang mempunyai budaya and pemikiran yang bersedia untuk menerima kemajuan”

“Nilai hidup kita perlu lah focus kepada tanggungjawab. Tanggungjawab kepada diri dan kepada masyarakat. Budaya bangsa yang berjaya, adalah budaya yang boleh mengawal nafsu. Budaya yang tegas denagn disiplin. Ada bangsa yang suka duduk saja, I call them the ‘laidbacks’. Dia mahu tidur saja. Mahu goyang kaki. Tidak mungkin akan berjaya. Jika kita mahu berjaya dalam sesuatu, kita perlulah sanggup. Sanggup untuk membuat sesuatu berulang – ulang kali.”



“We alway have to keep our priorities in check. Our priorities show who we are, and whether or not we going to succeed. Kita jangan buat jenayah, tapi jangan takut kepada undang – undang. Jangan avoid jenayah kerana undang -undang, tapi kerana kita tahu ia tidak bagus untuk kita. Apa yang tidak bagus untuk kita, adalah tidak bagus untuk masyarakat. We sometimes forget that we are direct contributors to our country. That our every action have an impact on our country.”

“Kita perlu sentiasa bertanya, kenapa? Kenapa kita berbuat sesuatu? Kenapa ia buruk? Kenapa ia baik? Kenapa boleh buat? Kenapa tak boleh buat?”

"Put your heart and soul in whatever you do. tahu apa aset kita. apa pun jurusan yang kita ambil walaupun bukan minat kita.. Tingkatkan!"

"Cabaran zaman ini kurang menekan berbanding zaman dulu. sebab itulah orang sentiasa ambil mudah. kebanyakan orang melayu lebih gunakan wang untuk berbelanja berbanding untuk simpan bagi kegunaan masa depan"

Pastu die tukar topik ke Wawasan 2020

“Adik – adik, or should i say, anak-anak? *hehe..*  tahu kenapa saya pilih 2020? Kerana dari segi medik nya, mata kita, kalau betul – betul terang, perfect vision, it’s 2020. 20 sebelah kiri, 20 sebelah kanan. Apa yang saya nak dari sini, adalah supaya by then, kita boleh lihat dengan terang. Supaya kita dapat lihat apa yang kita mahu.”

“Kalau masa jajahan dulu, orang melayu cukup insecure. Tengok orang putih, rasa diorang sangat pandai. Tak mungkin orang melayu boleh pandai macam orang putih. Ini lah orang panggil inferiority complex. Kita psycho diri sendiri. We make ourselves believe that we are incapable of development.”

“Sebab tu, saya keluarkan Malaysia Boleh!. Because we need the confidence. Sebab kita memang boleh. Tapi kita sendiri yang insecure. Kita boleh jadi macam orang putih. Kita sama macam mereka, tiada yang lain. Sebab tu, kita ada rakyat yang belayar solo satu dunia, yang panjat Everest, yang hebat semua.”

“Jadi, untuk 2020 menjadi kenyataan, kita mestilah menukar cara pemikiran. Kita boleh. Kita mesti mahu, baru boleh.”

Pastu de sesi tanye soalan kepada beliau. Waktu tu aku tengok memang ramai gak la yang berebut nak tanye soalan kat beliau. Tapi soalan di'limit'kan kepade 5 je. Antare soalan n jawapan aku ingat de orang tanye:

“Adakah Tun dapat melihat kejayaan orang Melayu dalam bidang perniagaan satu hari nanti?”

“Kita ni dulu, datang dari orang – orang petani. Peladang. Kita punya pemikiran masih di tahap itu. Jadi kalau kita mahu masuk dalam bidang perniagaan, kita kena tukar cara pemikiran. Orang kita kalau nak buat business, sebab nak cepat kaya. Sebab tu cepat balik miskin. Kita perlu sanggup untuk buat sedikit demi sedikit. Perniagaan ini adalah satu cara hidup. Bukan pekerjaan.”

Dalam pada itu, aku de rase sedih gak la. Aku bayangkan bagaimana kalau satu hari nanti.. andai beliau sudah tiada.. sape lah yang boleh ganti beliau..
sebab setiap yang hidup itu.. pasti akan mati.. tapi yang pasti
xkan ada orang yang boleh menjadi pengganti beliau
Pastu kan,
Time Dr. M dan rombongannye nak berangkat pulang, time tu la semua student amek peluang tok amek gambar die, bersalam ngan die dan aku termasuk dalam salah satu golongan bertuah yang berjaya untuk bersalam dengan Dr. M, isterinya dan Rosyam Nor *jeles x? jeles x?*


  




Oh, Datin Rosmah juge ade berkata kepadaku supaya belajar rajin2 dan teruskan beri sumbangan kepada negara.

Datin Hasmah
Sorry gambar agak blur cket
Siyes, aku rase sangat eksaited waktu tu. Rase cam budak kecik yang diberi hadiah gula2. Hehehe... (^_^)v Aku dapat rasakan kepuasan yang tak terhingga seperti dapat bershopping tanpa had <= peribahasa terbaru. sile jangan gunekan di dalam karangan SPM anda dan yang sewaktu dengannya.

Kalaula aku dapat pilih seseorang sebagai wanita melayu terakhir, Datin Hasmah la pilihanku. Beliau sangat merendah diri n ade sense of humour,tapi masih tegas pada masa yang same. She's also very friendly. Waktu beliau nampak kitorang dalam  bas*kitorang da nak balik waktu tu* ,beliau yang tengah ade kat dalam kereta waktu on the way out, sanggup buka tingkap cume semata mata nak melambai kat kitorang. Dan ni bukan lambaian cam seorang puteri nak melambai kat rakyat jelatanya, ia adalah lambaian dan senyuman yang jujur yang datang dari hati. Beliau siap mintak Tun Mahathir supaya melambai kat kitorang gak. Oh, aku merasa sungguh terharu. 

Ini lah dikatakan seorang pemimpin. Pemimpin yang sejati. Seseorang yang tahu terdapat masalah dan menanganinya. Seseorang yang tidak gentar untuk menyatakan apa yang tidak kena dengan masyarakat seskeliling. Bukan seseorang yang hanya membaca suatu ucapan yang ditulis oleh orang lain. Seseorang berupaya untuk berucap selama 2 jam tanpa henti dan tidak mengeluh tetapi sebaliknya menikmati saat itu. Seseorang yang optimis terhadap orang bawahannya. Seorang pemimpin sejati. 

Saturday, January 15, 2011

Kehidupan di Universiti

Kehidupan yg anda akan lalui bila mula menjejakkan kaki di Universiti atau Kolej.

 
1. Tidur pukul 2.30 am adalah yg paling awal.

2. Mandi menjadi kurang penting.

3. Tidur menjadi benda yg penting. (selama mana pun anda tidur anda tetap akan mengantuk)

4. Kitar semula dah sebati dlm penggunaan pakaian ("Oh, jeans aku msih boleh bertahan hingga tahun depan..kotor sikit je").

5. Makan dua kali sehari adalah standard. Ada yg sekali je.

6. 10 minit lebih dari cukup masa untuk bersiap-siap untuk kelas pertama anda.

7. Jika ruangan kuliah cukup besar, peluang untuk pinjam nota orang lain.

8. untuk sesetengah, tidakkah anda suka bila buku yg ditulis oleh pensyarah anda sendiri selalu diperlukan untuk kelas nya?

9. Paper yg 10 muka surat dulu kira mustahil, sekarang dah jadi kemestian.

10. Anda takkan perasan yg ramai org lebih bijak / kurang bijak dari anda.

11. Makanan ringan spt maggi jadi makanan kegemaran.

12. Belajar mencintai roomate anda,
13. Untuk kelas. Lagi lambat lagi bagus. Menguap dalam kelas dah jadi kebiasaan :)

14. Anda takkan dpt bygkan sejauh mana sunyi nya rumah anda. (meriah yg amat sgt)

15. Majalah/ komic merupakan bahan bacaan dalam falsafah anda.

16. Tidakkah anda akan rasa hebat bila boleh berjaga lewat malam tanpa buat apa2, tp dapat melelapkan mata semasa dikelas plg minimum 5 saat.

17. Kawasan melepak jadi tempat berharga.

18. Anda tidak akan terlepas dgn "toyol".

19. Study last minute akan menjadi kebiasaan.

20. Yg terakhir, hidup anda tidak akan sama spt dulu :)

Thursday, January 13, 2011

Yey,yey. Dapat award!!!

Dengan kembang hidungnya bangganya saya ingin mengumumkan bahawasanya saya telah berjaya mendapatkan calon suami!!!. Erk?? Eh salah!! Dapat award la…

Mekasih buat Mr. Zoolhealme yang sudi sedekah menghadiahkan award kepada belog yang tidak seberapa ini. Tsk,tsk terharu sungguh saye

Antara award yang telah berjaye dicilok dimenangi oleh saye:






Sebenarnye semua award ni dah lame dapat, tapi tiap kali nak update pasal award ni, ade je halangannye. Ber0kband buat perangai ber0k la, bl0g ni enggan mem’publish’kan entri ni la, pendek kate macam2 hal la.

Tapi harap2 la semua halangan ni dah over. Saya pun dah tak nak biarkan pembaca saya tertunggu2 entri saya. Ceh,ade yang tunggu ke???

Anyway, Mr.Zoolhealme, thanx again 4 da award. Len kali sedekah hadiahkan la lagi eyh??

Hehe…

Wednesday, January 12, 2011

Happy New Year

Setelah hampir 12 hari tahun 2011 menunjukkan dirinye, baru lah aq dapat menghapdet bel0g ni.
Ape kes???

Ape2 p0n, walaupun dah terlambat sehingga duabelas hari, aq tetap nak ucapkan gak

SELAMAT TAHUN 2011

Tiap kali tahun baru, mesti ade azam baru. Bagi aku, azam itu hanya suatu kata2 jika tidak disusuli dengan usaha *kate Cikgu Azam kepadeku* Azamku tahun ni adalah untuk menyelesaikan azam2 tahun lepas yang maseh x tercapai lagi. Antaranya :
  • Nak bawak kereta pergi ke kelas xyah la nak berebut menyumbatkan diri ke dalam bas yg pack macam tin sardin.
  • Masalahnye, kereta pun xde, nak bawak cane??? Lesen da ade tapi nak dekat setahun lebih k0t aq x pegang stereng n tekan clutch <= cmnikn eja die???

  • Nak menjelajah ke tempat orang.
  • Yang ni sile refer kembali ke azam yang pertame

  • Pointer kene mantap.
  • Insyaallah, yang ni tengah on da way

  • Kahwin.
  •  Erk??? Ni bukan azam.

  • Makan makanan berkhasiat n selalu bersenam
  • Asyik makan megi je. Tang mane berkhasiatnye. Yang part bersenam lak, dulu aq bersenam bile nak g beli makanan kat gerai. Maksudnye berjalan ja0h semata2 nak beli makanan. bersenamla jugak tu kan??? Maklumlah, duduk asrama. Makanan tidak disediakan. Kene cari sendiri.no wonder i'm getting fat each year

  • Hapdet belog selalu
  • Insyaallah, akan diusahakan

  • Fikir azam yang lain
  • Mungkin aq patut tunaikan dulu azam di atas, baru boleh fikir yang lain


Pe lak azam korang tahun ni???