Perhatian sentiasa tertumpu ke arahnya
Dan dia selalu menarik aku kepadanya
Walaupun aku cuba melarikan diri
Namun kakiku terasa dipaku di sini
Diriku umpama layang-layang
Yang dikawal oleh talinya
Namun,siapakah yang mengawal tali itu?
Aku ingin bebas
Terbang tinggi seperti helang di angkasa
Tanpa sempadan,aku terbang bebas
Kepada bulan yang ku sayangi
Tidak terkurung dalam sangkar
Dan hanya meraih simpati dari orang luar
Lepaskan aku!!!
Aku tidak mahu berada di sisimu
Aku tidak perlukan perhatian semua itu
Aku hanya ingin jadi diriku
Tinggalkan aku!!!
Aku tidak perlukan dirimu
No comments:
Post a Comment