Eh, hidup lagi belog ni.
Bukan main panjang lagi tajuk BESAR di atas. Hi korang. Eh? Ehem, ehem...
Assalamualaikum korang. Ape khabar?? Sihat??
Puasa tak?? Kalau berpuasa, alhamdulillah. Yg tak berpuasa tu jangan lupa ganti ye.
*panjang sungguh mukadimahnye*
Ok, jom kita ke main point.
|
Maaf, gambo senget. Diambil dri dlm kereta |
Korang pernah tak tertanya2 kenapa wujudnya tanda ni bila korang ke stesen minyak?
Yang tanda dilarang merokok memangla terang2 tak boleh dibuat. Kang tak pasal2 jadi bom atom lak stesen tu. Tapi kenapa kita disuruh untuk mematikan handphone dan enjin kereta.
Kenapakah??
First of all *ceh, speaking lak die*, enjin kereta atau motorsikal perlu dimatikan kerana...
...enjin kereta mempunyai kebarangkalian yg tinggi untuk menghasilkan haba.
Dan haba itu terhasil apabila enjin dihidupkan di mana ia sentiasa bergerak untuk menghasilkan pergerakan yg membenarkan kereta bergerak *eh, ape yg aku tulis ni??*
Camni la. Korang bayangkan iklan minyak yg tunjuk minyak die melekap dekat enjin. *ala, kan ade iklan yg tunjuk ade cicak melekap kat satu menatang yg ade kat enjin tu* Kan ade die tunjuk yg piston *aku baru tau name die* sentiasa bergerak untuk menghasilkan perjalanan yg lancar. ceh. Pergerakan semua tu akan menghasilkan haba. Dan korang tahu ape yg akan jadi bila haba bertemu dengan minyak??
KEBABOOM!!!!
|
memang tak kan la meletup camni |
Tapi lebih kurang camtu lah jadinye. Tu cerita pasal kereta.
Ape lak kena mengena handphone dengan minyak??
*nak citer la ni*
Korang sedar tak handphone boleh menghasilkan cas elektrostatik? Cas tu boleh dikatakan macam cas elektrik la. Camne cas tu terjadi?? Tiap kali ade panggilan tak kira masuk atau keluar, cas akan terhasil. Same goes with messaging.
Pernah tengok sendiri tak macam mana rhope cas tu?? Nak tengok sendiri tak??
Senang je. Korang boleh je bereksperimen sendiri.
Korang hanya perlukan lighter.
|
bukan yg ni ye. ni highlighter namenye |
|
Ha, yg ni baru betul |
|
yg ni pun lighter gak namenye |
Kepada kanak2 sila minta bantuan yg lebih dewasa ye.
Korang tau kan kegunaan lighter ni. Ala, yg orang selalu dok guna untuk merokok, main mercun, meriam buluh, hidupkan api dapur gas tu.
Bila korang tekan pencucuh yg ada kat lighter tu, ia akan menghasilkan 'spark' iaitu suatu cas yg kecil yg dimana apabila bertemu dengan bahan bakar seperti gas atau minyak, ia boleh menghasilkan api.
|
contohnye camni. |
Nampak tak cahaya2 kecik yg bersinar mengelilingi api tu?? Tu la spark namenye
|
Yg macam kaler purple tu pun spark gak |
|
Yg berkelip2 terbang keluar dari munge bunge api ni pon spark |
Oh, dah jaoh aku melencong. Anyway, ni salah satu eksperimen yg menunjukkan kesan penggunaan handphone di stesen minyak. Cekiautt (baca: Check it out)
Maka itulah hasilnya. Jadi, lain kali waktu nak isi minyak, ingat ni
Better be safe than sorry
Oh ye, sebelum terlupe
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua pembaca belog ni
*ucapan awal in case kalo tuan penyu punye belog ni wat hal lagi jarang hapdet*
Dan, berhati-hati jika anda atau orang sekeliling anda sedang main mercun. Adalah sangat tidak best jika anda terpaksa beraya di hospital. Terlepas lemang, rendang, ketupat, duit raya. Manyak lugi wo. Eh??