Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Monday, March 26, 2012

Knock-Out

Entri ni takde kene mengene dengan challenge ye

Sojak akhir2 ni solalu tensen, ghaso cam nak buek camni yo

aii... memang tensen bonar

BTC1: Senyuman/Smile

Tema yg pertama adalah

SENYUMAN / SMILE

:)

dan  yg bakal dipertaruhkan

ll
ll
ll
ll
ll
V



Why this picture??

Cause he is super hard to smile. Die sangat2 susah untuk senyum
It felt like a miracle when he's smiling



Saturday, March 24, 2012

And da Challenge is...

Sorry to keep you waiting

Wokeh, kembali bersiaran di Berita Aku Punye Suke. Hehe... :)

Ok, challenge yg bakal dilancarkan adalah.....
*drumrolls...*


BLOG THEME CHALLENGE!!!
*piu,piu,piu... bunyi fireworks*

atau nama glemer nye BTC

Meh nak bagitau camne nak buat BTC ni.

Sonang yo. Cume letakkan atau tulis sesuatu yang berkaitan dengan tema. Satu tema akan berlangsung selama seminggu. Tak bermakna hari2 korang kene update sesuatu ikut tema. Sehari dalam seminggu pon boleh. Ai ken anderstend dat not all of u ken apdek eberidei. Mi tu (i can understand that not all of you can update everyday. Me too)

Contohnye, katakan la tema yg diberi adalah bunga. Letak la gambar bunga ke, tulis sesuatu yg ade kaitan ngan bunga ke, bunga2 cinta, bunga telur, bunga manggar, ape2 je.

tapi ade syaratnye, tak susah pon:
syarat2nya adalah:

-ambil gambar di atas dan letakkan dalam entri tema anda *ape yg aku tulis ni??* 
-link entri anda ke sini sekiranya da join
-HARUS bgtaw (komen la tu)kalau join challenge ni. senang nak keep in touch. follow atau tak itu pilihan anda *ala, follow la, follow la*

http://www.emocutez.com
please...
dan LIKE fesbuk saye buleh???

 -oh ye, apabila tema telah diberi, sila letakkan entri anda di entri tema yang diberi ok?
*faham tak ni?? aku sendiri tak faham ape yg aku tulis ni*

Kenapa tetiba *mengada-ngada* nak buat challenge ni??
-ado alasan nak update *ini ditujukan ke tuan punye belog yg selalu sangat malas updet*
-bolehkan eratkan ukhwah antara blogger
-boleh lebih kenali antara blogger satu sama lain.
-saje suke2 buat challenge ni


Anda memahami cara2 dan syarat2 di atas? Tak faham? *buat2 faham suda...*
Oleh itu, dengan ini saya ingin merasmikan permulaan challenge ini


LET THE CHALLENGE BEGIN!!!


 
Silap2 aku sorang je yg buat challenge ni. Hmm... takpe la

Oh ye, kite start hari Isnin ye?? Senang nak countdown masa seminggu tu

notakaki: wa respect sama mereka2 yg boleh constant hari2 update belog *tetiba*

Thursday, March 22, 2012

Hari Rabu dah Wordless, Nape hari Khamis ade Spontaneuos lak?

Title atas tu macam tak boleh nak panjang lagi
Tapi betul la. Sejak akhir2 ni mood nak menulis asyik takde je.

Tiap kali nak update mesti letak gambar je
Kadang2 tu letak lagu sikit

Kalau korang perasan, kebanyakan update semua dibuat pada hari rabu
Kenapa?? Sebab hari rabu ramai blogger letak gambar je
Jadi, takde la rasa ackward sangat *i think i just misspell ackward... or am i???*

Hari ni CZ tetiba rajin nak menaip sikit
Here's goes...

Once upon a time, there was a little girl... 
Cait!!! Salah cerita lak
Jap ek...
CZ rewind balik cerita yg nak diceritakan tu
*cari butang rewind*


First thing first, da malas da nak guna nama CZ. Some people do mistaken me as someone from Czech Republic *ceh, speaking omputeh lak die* Mulai sekarang, ma name iz...

Ape2 Je La yg terasa nak guna.

Sometimes i might use 'Aku Kau', other times maybe 'Saya Awak', or maybe just my profile name.
*seriously, do u think anyone care what name r u using??*

http://www.emocutez.com

Ok tu baru mukadimah. Meh kita masuk ke main point lak.

Ni yang tetiba rajin menulis ni sebab nak lancarkan satu challenge baru. Ingat tak dulu pernah bagi teaser??
Tak ingat?? Oh, tak peduli ek?? Ok, takpe2. *sob,sob *

http://www.emocutez.com

Takpe la. Nak buek camno, oghang tak poduli. Huhu...
Kepada yang sudi amek peduli *tenkiu, tenkiu* ni la teasernye

TAKNAK TENGOK PON TAKPE
*Uu mak ai. Tahun lopas punyo baghu nak sambong taon ni??*

Pemberitahuan awal, challenge ni lain dari yg lain. Rasenye yg first kot yg pernah dibuat *... or is it??* Dan challenge ni takde hadiah. Diulang. TAKDE HADIAH *tu da siap Caps Lock lagi* This is a challenge just for fun.

Nak tau ape challenge nye??

Challengenye menunggu ayam jantan bertelur makcik. Eh?? Takde la. This is *probably* going to be one of the longest challenge ever *Please emphasize on the word PROBABLY ok??*

Challenge nye adalah...  *drumrolls...*

Akan diberitahu dalam next entri. *Jangan mara ek??*

Friday, March 9, 2012

Monday, February 13, 2012

Rahsia personaliti anda melalui...

Pangkal Nama

        A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
         Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung

         C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

         D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


        E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

        F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


        G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.