Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Thursday, March 22, 2012

Hari Rabu dah Wordless, Nape hari Khamis ade Spontaneuos lak?

Title atas tu macam tak boleh nak panjang lagi
Tapi betul la. Sejak akhir2 ni mood nak menulis asyik takde je.

Tiap kali nak update mesti letak gambar je
Kadang2 tu letak lagu sikit

Kalau korang perasan, kebanyakan update semua dibuat pada hari rabu
Kenapa?? Sebab hari rabu ramai blogger letak gambar je
Jadi, takde la rasa ackward sangat *i think i just misspell ackward... or am i???*

Hari ni CZ tetiba rajin nak menaip sikit
Here's goes...

Once upon a time, there was a little girl... 
Cait!!! Salah cerita lak
Jap ek...
CZ rewind balik cerita yg nak diceritakan tu
*cari butang rewind*


First thing first, da malas da nak guna nama CZ. Some people do mistaken me as someone from Czech Republic *ceh, speaking omputeh lak die* Mulai sekarang, ma name iz...

Ape2 Je La yg terasa nak guna.

Sometimes i might use 'Aku Kau', other times maybe 'Saya Awak', or maybe just my profile name.
*seriously, do u think anyone care what name r u using??*

http://www.emocutez.com

Ok tu baru mukadimah. Meh kita masuk ke main point lak.

Ni yang tetiba rajin menulis ni sebab nak lancarkan satu challenge baru. Ingat tak dulu pernah bagi teaser??
Tak ingat?? Oh, tak peduli ek?? Ok, takpe2. *sob,sob *

http://www.emocutez.com

Takpe la. Nak buek camno, oghang tak poduli. Huhu...
Kepada yang sudi amek peduli *tenkiu, tenkiu* ni la teasernye

TAKNAK TENGOK PON TAKPE
*Uu mak ai. Tahun lopas punyo baghu nak sambong taon ni??*

Pemberitahuan awal, challenge ni lain dari yg lain. Rasenye yg first kot yg pernah dibuat *... or is it??* Dan challenge ni takde hadiah. Diulang. TAKDE HADIAH *tu da siap Caps Lock lagi* This is a challenge just for fun.

Nak tau ape challenge nye??

Challengenye menunggu ayam jantan bertelur makcik. Eh?? Takde la. This is *probably* going to be one of the longest challenge ever *Please emphasize on the word PROBABLY ok??*

Challenge nye adalah...  *drumrolls...*

Akan diberitahu dalam next entri. *Jangan mara ek??*

Friday, March 9, 2012

Monday, February 13, 2012

Rahsia personaliti anda melalui...

Pangkal Nama

        A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
         B  Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung

         C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

         D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


        E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

        F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


        G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.






Wednesday, February 8, 2012

To be free



People say that they want to be free as a bird..
Is it because they can fly?
But what happens when a bird got lost flying out at the sea and need to rest?
They may have regretted having wings in the first place.


Why do humans always look to the sky?
Why do you try so hard to fly when you don't have any wings?

Tuesday, January 31, 2012

I'm stuck!!

Rasa macam ikan yang terperangkap kat dalam aquarium.
Nak lari ke mana2 pun tetap akan berjumpa dengan cermin aquarium tu.
Kalau dikeluarkan nanti tercungap2 kehilangan udara
Jadi kemana harus ku pergi???


Tuesday, January 3, 2012

Ombak Rindu

Tengok Ombak Rindu dengan bayaran RM15 di panggung wayang pada waktu siang

Malamnya full movie tersedia untuk didownload tanpa sebarang bayaran


DANG!!!

*first entry of da year*

anyway...


HAPPY NEW YEAR GUYS............ AND GIRLS