Conteng conteng





having a hectic month
feel like screaming...
http://www.emocutez.com
AAAAAHHHHHHHHHH.............









Tuesday, November 9, 2010

Gejala-Gejala Student Nak Amek Exam

Simptom simptom student bila final exam minggu depan. Rasenye 40% dr ini adalah ape yg aq buat.

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang(harap2 sahabat disini tak begini la). Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

10. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.

11. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

12. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

13. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

14. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

15. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

16. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

17. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

18. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

19. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aq tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s; aq rase even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.

Scheduled entry : Tuan empunye bel0g maseh struggle dengan study nye
Mengharap ihsan dan belas kasihan di simptom n0. 16

Monday, November 8, 2010

SOMETHING TO PONDER...

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan
kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim
dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana
memperhambakan diri kepada Tuhannya...

...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti
dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut
kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh
menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan
punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak
berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak
dikaitkan...

tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan
jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia
amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan
diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya
tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah
kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada khabar berita...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul
Karim?


Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Scheduled entry : Saje nak berceramah sekali sekala
Tuan empunye bel0g maseh struggle dengan study nye

Sunday, November 7, 2010

Al-Fatihah

Juz a bit short update

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali

Baru dapat berita pagi tadi, seorang rakan jauh telah kembali ke Rahmatullah.
Takziah kepada keluarga Allahyarham Luqman Razali.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah

Amin

Friday, November 5, 2010

FINAL-ly

Owh, tersangatlah bz skrg
kesian kat para pembaceku eh,ade ke pembace???
FINAL akhirnye menjelmakan diri
Virus2 itu maseh mempunyai shisha sisa2nya kepadaku
Doakan lah tuan bel0g ni buleh jawab FINAL eyh???
(please,please,please kamu jangan nakal, onegai shimas, tasukete,tul0n...... doakan saye)

please...... d0akan saye eyh???



p/s: insyaallah,lepas abes FINAL nanti dijangke tuan bel0g ni akan cube menghapdet bel0gnye sampai x hengat dunie

Tuesday, September 28, 2010

Late-ly...

Punyela lame aku x tulis bel0g sampai da masuk bulan Syawal da.
Oh ye, sebelum tu, walaupun da tersangatlah terlambat
SELAMAT HARI RAYA
kepada pembaca2 bel0gku yg x seberapa ini sekalian
ceh,ade ke pembace??
Syawal tahun ni agak meriah sebab setelah hampir beberapa tahun berlalu,akhirnye gambar keseluruhan family berjaye diambil. Rasenye last time amek pic ramai2 ni waktu tahun 2000 k0t lame kan???


Kini aku telah kembali ke tempat menuntut ilmu. Virus Homesick dan Malas-Tak-Hengat-Dunia masih lagi mempunyai shisha sisa2 kesannya kepadaku. Doakanlah agar aku akan pulih dari virus ini tidak lame lagi.
Amin....



 

Tuesday, September 14, 2010

Bende Baru

Olla!! rase cam Dora the Explorer la plak
Seperti yang sesetengah orang yang sedia maklum, saye telah pun sambung belajar di Universiti dot dot dot 
yg mne taw tuh simpan sendiri2 eyh?? dengan mengambil degree di bidang Engineering ceh,bakal engineer la ney. 

Pengajian ini dijangka akan mengambil mase selame 4 tahun bergantung kepada daya ketahanan antib0di tuan empunye bel0g ini dari diserang virus Homesick dan Malas-Tak-Hengat-Dunia. Jadi d0akan la agar tuan bel0g ini mempunyai antib0di yg kuat. Oh ye,tahukah anda apa itu virus Homesick??? Menurut Encek Wiki,

Homesick is the distress or impairment caused by an actual or anticipated separation from the specific home environment or attachment objects. The Oxford English Dictionary describes homesick as a feeling one has when missing home. Feelings of longing are often accompanied by anxiety and depression. These symptoms may range from mild to severe. Homesickness frequently occurs when one travels and may be exacerbated by unfamiliar environments or foreign cultural contexts. Homesickness is especially common in youth. Young people may experience a sense of dread, helplessness, or separation anxiety
 terime kaseh encek Wiki

Oleh itu, d0akan la agar tuan punye bel0g ni boleh survive di alam baru ini. Kerana bagi beliau dia yang baru saje kehilangan baby lappynye, dunia yang baru ini adalah satu tempat yang tersangatlah menakutkan


Tuesday, September 7, 2010

???

Bel0g aku ni semestinya adalah bel0g terboring di adamaya alam maya ni
Da la jarang update
Bile da update, letak lak menatang bende merapu
Napela tuan bel0g ni agak malas menghapdet bel0g beliau die ye???
Adakah tuan bel0g ini telah kekeringan idea??? Bile pule die akan kebasahan idea???
Nape banyak sangat tande s0al dalam entri ni???
Nape tuan bel0g ni xdapat berhenti dari menekan tande s0al???
KENAPE??????????????????????????????????????